Followers

#1

Seorang murid bertanya pada guru. Tika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang .


PELAJAR ; Cikgu , macam mana kita nak pilih sesorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan ?

CIKGU ; Okay , kamu ikut apa saya suruh . Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput. PIlih la yang PALING cantik tanpa toleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dipetik .

CIKGU ; Kenape tiada rumput yang di pilih ?

PELAJAR ; Tadi masa saya berjalan , saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan & cari yang paling cantik tanpa toleh ke belakang lagi. Tapi sampai di pengujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin di antara yang di belakang tadi, ada rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang, jadi tiada rumput yang saya boleh petik.

CIKGU ; Ya , itu lah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dgn sesorang yang kita sayang. Jangan la kita cari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yang berada di depan kite sebaik-baiknye. Jangan kita toleh belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Ingatlah orang yang kita sayang, itu lah yang paling cantik. Dia yang banyak berkorban untuk kita. Dia yang selalu menghabiskan masanya untuk kita.

No comments: