Followers

#9


JANGAN PERNAH PERGI 

Sisakan angin basah dan ombak lautan dari bahagiamu, 
Hatiku cuma laut yang tak mampu bersedih tanpamu. Aku tak ingin menjadi terang, bila kau hanya jadi bayang-bayang.
Kerana mengingatmu adalah perjalanan dari lupa terus lupa.
Perjalanan panjang yang tak pernah mengenal usia.

Jangan pernah pergi,
Kau tak akan faham maksud kembali.
Sebab, saat kaki kau melangkah pergi, tak kau jumpa lagi aku dalam puisi ini.

Lihatlah, malam tanpa cahaya.
Harapan adalah satu-satunya yang menyala dalam hidup.

Jangan pergi..

No comments: